Kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi Pentadbir, khususnya menjadi Pengetua atau Guru Besar dipelawa untuk memohon Kursus NPQEL ambilan 2018.

Permohonan NPQEL bagi ambilan 2018 

NPQEL
Permohonan NPQEL

Permohonan akan dibuka pada 11 Julai hingga 11 Ogos 2017.Oleh itu bagi mereka yang ingin melangkah ke dalam bidang pentadbiran bolehlah memohon di pautan berikut:

PERMOHONAN NPQEL

LAMAN WEB EPANGKAT

Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau di dalam Bahasa Inggerisnya National Professional Qualification Education Leads diwujudkan bagi memastikan pemimpin di peringkat sekolah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkualiti dan kompetan.

Untuk menjadi PGB perlu mempunyai syarat-syarat berikut:

Syarat Umum

(a) disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29)

;(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini

(c) bebas daripada tindakan tatatertib

;(d) telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun)

;(e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

(f) bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

(g) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.Syarat Khusus(a) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B));(b) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu : -Pengetua: BidangUmum/Teknikal/ Pendidikan Islam -GuruBesar:Bidang Umum/ Cina / Tamil;(c) lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan (NPQH);(d) mempunyai pengalaman sekurangkurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;(e) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan(f) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:Cawangan Naik PangkatBahagian Pengurusan Sumber ManusiaKementerian Pendidikan MalaysiaAras 4, Blok E12Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PutrajayaNo. Telefon:03-8884 7935/7968 (Pengetua)03-8884 7969/7882 (Guru Besar)Faks:03-8884 7283AlamatInstitut Aminuddin BakiKementerian Pendidikan MalaysiaSri Layang69000 Genting HighlandsPahang Darul MakmurNo. Telefon IAB: 03-6105 6100No. Faks IAB: 03-6105 6299Semoga dengan adanya peluang ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam meningkatkan lagi kerjaya sebagai guru dan dalam masa yang sama sebagai PGB. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memohon Kursus NPQEL ambilan 2018 ini. Semoga info yang disampaikan ini berguna dan berfaedah kepada anda, sila sebarkan untuk faedah bersama.